Contributors

Thursday, 7 November 2013

Teks Sumber Gastronomi: Tempoyak (BM-BI)

TEMPOYAK

Tempoyak diperbuat daripada isi durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak di makan begitu sahaja tetapi selalunya di buat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat popular di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat popular.
Tempoyak dikenal di Indonesia (terutama di Palembang, Sumatera dan Kalimantan).

Tempoyak dalam Sejarah

Di Indonesia
Tempoyak sangat populer dikalangan masyarakat Sumatera bahagian timur ,Menurut sejarah hala ini dikarenakan jumlah produksi buah durian sendiri sangat melimpah sehingga kalau dibuang sayang,masakan khas dari wilayah ini seperti Pindang Ikan Patin juga menggunakan tempoyak.
Di Malaysia
Tempoyak turut dirakamkan dalam Hikayat Abdullah sebagai makanan harian bagi penduduk Terengganu, semasa melawat Terengganu (sekitar 1836), dengan menyatakan bahawa makanan kegemaran mereka adalah "... tempoyak dan pekasam dan petai dan jering dan sebagainya...."

Cara memasak

Terdapat pelbagai jenis cara masakan menggunakan tempoyak ini di antara yang sangat popular ialah gulai tempoyak. Gulai ini biasa dimasak bersama ikan; antara ikan-ikan yang sesuai digulai bersama tempoyak ialah ikan patin,ikan baung & ikan jelawat ia juga boleh dimasak bersama ayam bergantung kepada selera masing-masing. Selain itu tempoyak juga boleh di buat sambal tumis ikan bilis, pais tempoyak (ikan yang dibakar bersama tempoyak), sambal tempoyak (tempoyak yang digaul bersama cili padi kemudian dimakan begitu sahaja atau digoreng bersama ikan bilis). 


Khasiat

Durian yang rasanya sangat manis, kaya dengan kalori menjadi pantang larang bagi mereka yang menghadapi penyakit kronik. Bagaimanapun seorang pensyarah kanan Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses di Fakulti dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Noorhisham Tan Kolfi menjalankan kajian mengenai tradisi ini.
Kajian menunjukkan tempoyak yang dihasilkan melalui proses penapaian adalah makanan yang baik untuk kesihatan. Rupa-rupanya tempoyak mempunyai nilai probiotik (miliki mikrooorganisma baik) di dalamnya. bakteria berkenaaan boleh hidup dalam persekitaran usus dengan keadaan asid pada pH2 dan selesa dalam persekitaran pH4. Tempoyak didapati mempunyai kandungan bakteria asid laktik (Lactic acid bacteria -LAB) yang tinggi. Dalam kajian kepelbagaian, tiga pengasingan tidak dapat dikenal pasti dengan menggunakan SDS-PAGE protin sel penuh. atau API 50 CH. Tetapi kajian yang dijalankan Noorhisham telah mengasingkan dan mengenalpasti LAB. 

Sumber daripada: http://ms.wikipedia.org/wiki/Tempoyak

Situasi, Masalah yang dihadapi & Cadangan untuk TP yang dilakukan

A) Situasi

Menerangkan kepada sekumpulan pelajar asing yang ingin tahu tentang makanan tempatan di Malaysia.

B) Masalah yang dihadapi & Cadangan TP

TEKS SUMBER
TERJEMAH PANDANG
CADANGAN/ PENJELASAN
Terdapat pelbagai jenis cara masakan menggunakan tempoyak ini di antara yang sangat popular ialah gulai tempoyak.
There are various methods on cooking tempoyak and one of it that is very popular is tempoyak gravy.
Gulai lwn Gravy/ Curry?
Walaupun "gravy" boleh dikaitkan dengan "gulai" dalam budaya sumber, namun, padanan yang lebih sesuai dipadankan dengan "gulai" ialah "curry". Hal ini disebabkan perspektif masakan masyarakat Barat yang berbeza dengan masyarakat di Malaysia kerana "gravy" hanya berasaskan kuah sahaja, tidak seperti "gulai" yang mempunyai lauk dan sayuran di dalamnya. "Curry" pula berbeza dengan "kari" dari segi bahan yang digunakan. Masyarakat Barat mungkin memasak "curry" tetapi tidak semestinya menggunakan bahan utama (daun kari, serbuk kari) seperti yang digunakan dalam masakan di Malaysia.

"Gravy"

"Gulai"

"Kari Malaysia"

"Kari Masyarakat Barat"

Gulai ini biasa dimasak bersama ikan; antara ikan-ikan yang sesuai digulai bersama tempoyak ialah ikan patin, ikan baung & ikan jelawat ia juga boleh dimasak bersama ayam bergantung kepada selera masing-masing.
This gravy is usually cooked with fish and there are several fishes that are suitable to be made into tempoyak gravy which are silver catfish, mystus and river carp fish.
Jenis Ikan Air Tawar
Pengetahuan terhad jurubahasa terhadap jenis-jenis ikan air tawar ini menyukarkan proses terjemah pandang kerana nama-nama ikan ini sangat spesifik dan memerlukan masa untuk mencari padanan yang tepat.

Ikan Baung

Ikan Jelawat
Ikan Patin

Selain itu tempoyak juga boleh di buat sambal tumis ikan bilis, pais tempoyak (ikan yang dibakar bersama tempoyak), sambal tempoyak (tempoyak yang digaul bersama cili padi kemudian dimakan begitu sahaja atau digoreng bersama ikan bilis). 
Tempoyak can also be made into sauteed anchovy sambal. Tempoyak can also be made into pais tempoyak. Pais tempoyak usually consists of fish that is barbecued with tempoyak. There's also sambal tempoyak which consists of tempoyak mixed with Thai chillies that can be eaten on its own or fried with anchovies.
Perspektif Masakan Barat lwn Masakan Malaysia
Dalam hal ini, timbul kekeliruan dalam mencari padanan bagi perkataan yang menunjukkan cara sesuatu masakan seperti "tumis" dan "bakar" kerana cara masakan masyarakat Barat sangat berbeza dengan masyarakat di Malaysia. Padanan yang diberikan dalam terjemahan pandang kurang tepat seperti "ikan yang dibakar" menjadi "barbecued fish" walhal barbeque tersebut merupakan kata nama seperti "picnic" dan kurang sesuai digunakan sebagai kata kerja. Oleh itu, padanan yang sejadi ialah "grilled fish" dan jurubahasa harus menambah cara spesifik ikan dibakar di Malaysia iaitu "wrapped with banana leaf and grilled with fire". Hal yang sama juga berlaku pada "sautee" yang berbeza dengan tumis disebabkan jumlah cecair yang berbeza dalam kedua-dua cara masakan. Walau bagaimanapun, padanan tersebut dikekalkan bagi memudahkan pemahaman pendengar sasaran.

Ikan Bakar

Grilled Fish

Tumis

Sautee
Jenis Bahan yang Spesifik
"Cili padi" bukanlah "chilli" yang difahami oleh masyarakat Barat oleh itu beberapa padanan yang lebih tepat dapat dicari iaitu "bird's eye chilli " dan "Thai chilli". Walau bagaimanapun, "bird's eye chilli" tidak sesuai digunakan sebagai padanan kerana namanya agak mengelirukan dan masyarak Barat juga agak terdedah dengan cara masakan masyarakat Thailand dan oleh itu, "Thai Chilli" digunakan.   

Bagaimanapun seorang pensyarah kanan Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses di Fakulti dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Noorhisham Tan Kolfi menjalankan kajian mengenai tradisi ini.
However, a senior lecturer from the Department of Chemical and Process Engineering at the Faculty and the Build Environment of Universiti Kebangsaan Malaysia, Noorhisham Tan Kolfi has conducted a study about this traditional food.
Nama Khas Jabatan
Nama sesebuah jabatan rasmi harus diterjemahkan dengan betul agar tidak mengelirukan pendengar terutamanya jabatan yang dinyatakan dalam teks sumber kerana namanya yang panjang dan agak mengelirukan. Seeloknya jurubahasa membuat kajian sedikit tentang jabatan ini dan padanannya yang tepat.
Tambahan Maklumat yang Tiada dalam Teks Sumber
Penambahan telah dilakukan pada perkataan "tradisi" yang telah diterjemahkan sebagai "traditional food". Jurubahasa bertindak sedemikian dengan harapan agar pendengar sasaran dapat memahami mesej dengan mudah dan jika jurubahasa hanya menterjemahkan "tradisi" secara literal, ayat yang dihasilkan mungkin tidak masuk akal kerana segala kajian yang dilakukan adalah mengenai tempoyak, sejenis makanan tradisional dan bukan sejenis "tradisi" orang Melayu.
Dalam kajian kepelbagaian, tiga pengasingan tidak dapat dikenal pasti dengan menggunakan SDS-PAGE protin sel penuh atau API 50 CH
In the study of diversity, three isolations cannot be identified by SDS-PAGE using a full cell protein  API 50 CH.
"Bahasa Saintifik & Pertukaran Kedudukan Kata Kerja Mengubah Makna Ayat
Ayat dalam bahasa sumber tampak tiada masalah sehinggalah jurubahasa melakukan carian tentang SDS-PAGE dan API 50 CH. Hal ini menyebabkan jurubahasa menukar frasa " tidak dapat dikenal pasti dengan menggunakan SDS-PAGE protin sel penuh atau API 50 CH" kepada " cannot be identified by SDS-PAGE using a full cell protein  API 50 CH" yang telah mengubah makna ayat yang dihasilkan daripada makna ayat asal. Hal ini dilakukan kerana SDS-PAGE merujuk kepada teknik yang digunakan untuk memisahkan protein, iaitu API 50 CH yang merupakan nama saintifik bagi karbohidrat metabolisme.
Selain itu, perkataan biasa yang menjadi istilah dalam bidang biologi seperti "pengasingan" harus diambil perhatian agar padanan yang betul dapat dicari.

SDS-PAGE

TEKS SUMBER
TERJEMAH PANDANG
CADANGAN/PENJELASAN
Tempoyak diperbuat daripada isi durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian
Tempoyak is made of durian filling (durian is Malaysia’s local fruit). The durian filling is separated from its seed and added with a little salt and is kept for three to five days in room temperature for fermentation process.

Apabila membuat semakan, terdapat beberapa padanan untuk ‘isi durian’:
       1)      Durian fruit
       2)      Durian filling
       3)      Durian flesh
Bagi ayat pertama teks iaitu ‘tempoyak diperbuat daripada isi durian’ padanan yang sesuai adalah ‘durian filling’ namun bagi ayat yang seterusnya ‘durian flesh’ lebih sesuai dijadikan padanan. Hal ini kerana dalam ayat kedua, buah durian itu diasingkan daripada bijinya. Jadi ‘filling’ bukan padanan yang sesuai.

Cadangan:
“The durian flesh is separated from its seed..”
Tempoyak biasanya tidak di makan begitu sahaja tetapi selalunya di buat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak
Tempoyak is usually not eaten on its own but with some sambal (a type of spicy condiment) or added into dishes like gulai tempoyak ikan patin (a type of gravy cooked with catfish) or pais ikan tempoyak (a fish baked with tempoyak)

         Pais ikan tempoyak


Penambahan maklumat perlu dilakukan kerana terdapat perkataan yang tiada padanan sesuai dalam bahasa sasaran. Sebagai contoh:
sambal, gulai, pais

Gulai tempoyak ikan patin


Tempoyak pedas dihidang bersama sambal belacan.

Spicy tempoyak is usually served with sambal belacan (a type of shrimp paste)


Sambal Belacan
Setelah membuat semakan, ‘sambal belacan’ tidak sesuai diterangkan sebagai ‘a type of shrimp paste’. Berikut adalah penerangan yang tepat:
Belacan = Shrimp paste
Sambal belacan = A Malay style sambal where fresh chillies are pounded together with toasted shrimp paste in a stone mortar to which sugar and lime juice are added.

Menurut sejarah hala ini dikarenakan jumlah produksi buah durian sendiri sangat melimpah sehingga kalau dibuang sayang, masakan khas dari wilayah ini seperti Pindang Ikan Patin juga menggunakan tempoyak.

According to history, there was a mass production of durian at that time so tempoyak became very popular in Indonesia. One of the popular dishes which uses tempoyak is Pindang Ikan Patin (a type of gravy cooked with catfish).

Satu bahagian teks ini menggunakan bahasa Indonesia.
Potongan ayat ‘sehingga kalau dibuang sayang’ digugurkan kerana terlalu sukar untuk diterjemah pandang. Pengguguran potongan ayat tersebut tidak menjejaskan mesej yang cuba disampaikan teks.                                                 

No comments:

Post a Comment