Contributors

Saturday, 23 November 2013

Teks Sumber Teknikal (Undang-undang)

October 3, 2009
Undang-undang Siber
Ringkasan
Malaysia telah melangkah masuk ke dunia siber melalui dua pendekatan iaitu melalui hard-infrastructure dan soft infrastructure. Hard infrastructure bermaksud membina infrastructure mewujudkan kawasan fizikal untuk pembangunan berkaitan dengan ICT termasuk membina backbone komunikasi yang berkelajuan tinggi. Soft infrastructure bermaksud mewujudkan undang-undang yang berkaitan dengan pembangunan ICT itu.
Secara fizikalnya kawasan yang diperuntukkan dikenali sebagai Koridor Raya Multimedia (MSC). Di sinilah tumpuan pembangunan berkaitan dengan ICT dilakukan. Sehingga 19 Jun 2009, sebanyak 87 buah syarikat antarabangsa yang mendapat status “International World Class MSC Malaysia Status Companies”. Manakala sehingga 24 Mei 2005, sebanyak 67 incubators pula mendapat taraf international world Class MSC Malaysia Status Companies. Selain itu, sebahagian besar institusi pengajian tinggi awam dan swasta turut turut tersenarai sebagai institusi yang mempunyai program ICT. (www.mscmalaysia.com.my dirujuk pada 4 Okt. 2009).

 Malaysia telah meletakkan pada asas yang kukuh pembangunan ICT dengan menyediakan undang-undang. Sebagai permulaan sebanyak lima undang-undang telah digubal dan diluluskan, seperti berikut:
1.    Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
2.    Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia1998.
3.    Akta Tandatangan Digital 1997.
4.    Akta Jenayah Komputer 1997.
5.    Akta Teleperubatan 1997.

Secara kolektifnya, undang-undang ini dikenali sebagai undang-undang siber.
    Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Akta ini merupakan sendi kepada semua undang-undang siber di Malaysia. Ia menghuraikan mengenai dasar pembangunan ICT bagi negara ini. Dalam akta ini disenaraikan 10 objektif dasar nasional bagi industry komunikasi dan multimedia (Sila rujuk Akta untuk perinciannya, atau buku Mengenali Undang-undang Media dan Siber).
Akta ini juga meletakkan janji Kerajaan mengenai tiada tapisan dalam Internet di bawah Seksyen 3(3).
Berikutan dengan kelulusan Akta ini, sebuah kementerian khas diwujudkan yang memasukkan elemen komunikasi dan multimedia di dalamnya. Kementerian ini pada mulanya dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. (Kini komponen komunikasi di keluarkan dan digabungkan dengan Kementerian Penerangan, bersama dengan komponen Kebudayaan).
   
    Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Akta ini membolehkan ditubuh sebuah suruhanjaya untuk mengendalikan urusan berkaitan dengan jaringan seperti internet. Ia juga mengambilalih kuasa pelesenan terhadap spectrum penyiaran dan telekomunikasi. Urusan pos juga kini diletakkan di bawah suruhanjaya ini.
Apabila ditubuhkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia diletakkan di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Kini ia diletakkan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Beberapa pihak pernah menyarankan supaya komponen komunikasi diletakkan di bawah Kementerian Penerangan.

Akta Tandatangan Digital 1997.
Akta ini digubal untuk membolehkan diterima secara sah segala urusan melalui online termasuk penggunaan tandatangan secara digital. Tujuan utamanya ialah untuk melicinkan dagangan secara elektronik, sebagai usaha meningkatkan e-commerce atau e-dagang. Kelulusan undang-undang ini perlu kerana pengesahan dari segi undang-undang adalah sukar untuk melaksanakan dokumentasi secara online.

 Akta Jenayah Komputer 1997.
Tujuan utama akta ini ialah untuk melengkapkan undang-undang jenayah khususnya berkaitan dengan jenayah yang dilakukan melalui jaringan komputer. Akta ini memperuntukkan jenis-jenis jenayah dan hukumannya.

    Akta Teleperubatan 1997
Akta ini membolehkan para doktor dan pengamal perubatan lain menggunakan jaringan internet untuk menjalankan operasi perubatan dari jarak jauh. Ia memperuntukkan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh pengamal perubatan. Akta ini membawa bidang perubatan ke satu tahap yang lebih tinggi lagi.

       Akta Hak Cipta (Pindaan).
Akta ini memasukkan unsur-unsur yang berkaitan dengan hakcipta dalam Akta induk. Ini bermakna apa-apa hasil karya yang dilakukan di dalam dan melalui internet adalah terlindung di bawah Akta Hakcipta.
Rujukan
1.    Mohd Safar Hasim. 2002. Mengenali Undang-undang Media dan Siber.
2.    www.mscmalaysia.com.my (dirujuk 4 Okt. 2009).

__________________________________________________________________________

Situasi, Masalah yang dihadapi & Cadangan untuk TP yang dilakukan

A) Situasi
Penerangan akta undang-undang kepada mahasiswa/i warganegara asing jurusan undang-
undang yang membuat lawatan ke mahkamah.

B) Masalah yang dihadapi & Cadangan TP

1) Tiada pengetahuan tentang jenis-jenis akta
Artikel di atas ada membincangkan tentang jenis-jenis akta. Jurubahasa tidak tidak mahir dalam 
bidang undang-undang. Oleh yang demikian padanan perkataan yang sesuai memerlukan 
rujukan dan pencarian maklumat tambahan. Sebagai contoh:

      Teks sumber
      Terjemah pandang                   
     Cadangan/Penjelasan
       Akta Suruhanjaya    Komunikasi dan Multimedia 1998.

      Communications and Multimedia Commission Act 1998

      Jurubahasa pada mulanya tidak dapat mengenal pasti padanan yang sesuai bagi ‘suruhanjaya’. Namun setelah mencari maklumat dan rujukan, ‘suruhanjaya’ sesuai dipadankan dengan ‘commission’.

2) Cara menyebut 'seksyen'

     Teks sumber
      Terjemah pandang
      Cadangan /Penjelasan
      Akta ini juga meletakkan janji Kerajaan mengenai tiada tapisan dalam Internet di bawah Seksyen 3(3).

      The government’s promise regarding no internet censorship  as stated in this act under Section 3 (3).

      Jurubahasa mempunyai masalah cara menyebut ‘seksyen 3(3)’. Walaupun nampak mudah, sebenarnya cara sebutan bahagian ini boleh menghasilkan pelbagai pilihan, contohnya:

      1)      Section 3 of 3
      2)      Section 3 in bracket 3
      3)      Section 3 part 3
      Selepas membuat rujukan di internet, padanan yang sesuai adalah berdasarkan pilihan ketiga. Walau bagaimanapun, setelah membuat rujukan dengan Dr. Harjiet, padanan sebutan yang paling tepat adalah:

     ‘Section 3 sub 3’

     Tanda ( ) tersebut bermaksud sub.

3) Mencari padanan perkataan yang sesuai agar hasil terjemahan pandang berbunyi seperti teks 
undang-udang dan bukan teks umum
Hal ini agak sukar kerana perkataan-perkataan yang sudah menjadi kebiasaan dalam pertuturan
harian yang sudah mempunyai padanan yang lazim memerlukan padanan perkataan lain agar
dapat disesuaikan dalam satu teks undang-undang. Berikut merupakan contoh-contohnya:

      Teks sumber
     Terjemah pandang 
     Padanan yang lebih sesuai
      Meningkatkan 

      To increase

     Enhance

      Melaksanakan

      Carry out

     Implement

      Akta ini memasukkan unsur-unsur yang berkaitan dengan hakcipta dalam Akta induk.

      This Act include elements related to copyright in the parent Act

      This Act incorporates elements related to copyright in the parent Act


4) Kecuaian jurubahasa
Kedua-dua orang jurubahasa telah melakukan kesilapan yang sama. Oleh sebab itu, hal ini ingin
kumpulan kami bangkitkan di sini. Akibat kekangan masa, jurubahasa kadangkala menjadi 
gopoh apabila melakukan terjemahan dan menyebabkan perkara-perkara kecil mudah terlepas 
pandang.  Kecuaian berlaku kerana jurubahasa telah membuat pengulangan satu perkara yang 
sama tapi menyebutnya sebanyak dua kali. Contoh:

      Teks sumber
      Terjemah pandang
      Cadangan /Penjelasan
      Tujuan utamanya ialah untuk melicinkan dagangan secara elektronik, sebagai usaha meningkatkan e-commerce atau e-dagang.

      The main purpose is to smooth out electronic trading to improve e-commerce and
      e-dagang.

       e-commerce = e-dagang
      Walau bagaimanapun, jurubahasa telah menyebut kedua-dua perkara tersebut seolah-olah merupakan dua perkara yang berbeza padahal sebenarnya sama.

5) Kurang pengetahuan mengenai padanan perkataan yang sudah wujud yang dapat memudahkan lagi 
   struktur ayat
Apabila melakukan terjemahan pandang, kita hanya menyebut berdasarkan apa-apa sahaja
yang kita terfikir pada waktu itu. Namun sebenarnya sudah terdapat padanan yang lebih sesuai 
serta padanan yang lebih mudah agar struktur ayat yang terhasil lebih mudah difahami 
pendengar sasaran.

     Teks sumber
     Terjemah pandang
      Padanan Perkataan yang lebih sesuai dan mudah
      Akta ini membolehkan para doktor dan pengamal perubatan lain menggunakan jaringan internet untuk menjalankan operasi perubatan dari jarak jauh.

      This act allow doctors and those practising medicine to use internet network to carry out medical operations at a long distance.

      This Act allows the doctors and other medical practitioners use the Internet network to carry out medical operations remotely.


C) Cara mengatasi masalah yang dihadapi
-›Jurubahasa harus mahir dengan struktur kedua-dua bahasa agar dapat mengubah struktur
ayat dalam BSu yang tidak boleh diterjemah secara literal
›-Jurubahasa harus menyelidik kesahihan maklumat yang diberikan dalam Tsu agar
pemahaman
mutlak dapat dicapai lantas dapat memberikan penyampaian dengan yakin. (Keliru/tergagap
-gagap/tidak yakin)
›-Jurubahasa harus mahir dan tahu akan laras bahasa undang-undang
-Jurubahasa harus mahir dalam menyampaikan mesej agar mudah difahami oleh pendengar 
sasaran (tambahan wacana dan penjelasanKajian harus dilakukan terlebih dahulu pada 
setiap nama khas yang diberikan termasuklah nama khas dalam BSa (MSC)
-Jurubahasa harus mempunyai kemahiran dalam menyunting teks sumber yang 
mengandungi kesalahan tatabahasa dalam masa yang singkat


1 comment:

  1. Tiada perbincangan tentang isu semasa menjalankan TP?

    ReplyDelete